Home Nasional PM Anwar kecam serangan tidak berperikemanusiaan di Kashmir
Nasional

PM Anwar kecam serangan tidak berperikemanusiaan di Kashmir

PM Anwar kecam serangan tidak berperikemanusiaan di Kashmir

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaharu di Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India. Beliau menyifatkan ia sebagai serangan yang dirancang dan tidak berperikemanusiaan.

Anwar memetik laporan bahawa mangsa sengaja diasingkan sebelum dibunuh dan kekejaman itu tidak boleh diterima serta tiada tempat dalam mana-mana masyarakat bertamadun.

\”Bagi pihak semua rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Kami mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih,\” kata beliau menerusi hantaran Facebook.

Anwar berkata ketika saat-saat tragedi ini, kebijaksanaan dan kesabaran adalah penting dan tindakan keganasan yang boleh menyebabkan perpecahan ini tidak boleh dibiarkan.

\”Sebaliknya, marilah kita mengukuhkan lagi komitmen bersama di rantau ini dan antarabangsa, terhadap keamanan, keadilan dan maruah insan,\” kata beliau.

Perdana Menteri turut menyeru komuniti antarabangsa supaya menyokong usaha mengenal pasti dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan terbabit.

\”Kita juga perlu memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan, supaya kekejaman sebegini tidak berulang dan tidak diberi pengiktirafan,\” kata beliau.

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh apabila lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah pelancong di Kashmir pada Selasa, memaksa Perdana Menteri India Narendra Modi memendekkan lawatannya ke Arab Saudi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....