Home Nasional Pendekatan dakwah perlu bijaksana, rahmah dan relevan
Nasional

Pendekatan dakwah perlu bijaksana, rahmah dan relevan

Pendekatan dakwah perlu bijaksana, rahmah dan relevan

Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Ejen Dakwah YADIM di Putrajaya

PUTRAJAYA, 24 April – Pendekatan dakwah masa kini perlu lebih bijaksana, rahmah dan relevan selain memperkasa peranan dakwah di seluruh negara.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ia penting dalam mendepani cabaran semasa termasuk isu sosial.

\”Satu idea yang dicetuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar, beliau melihat kami
melahirkan pendakwah daripada pelbagai sektor, pelbagai bidang dan ruang. Dan hari ini, beliau mencadangkan supaya kumpulkan semua dan kita berikan satu pengiktirafan kepada mereka. Jadi perkataan dakwah itubukan hanya mengajak orang masuk Islam, tapi sektor kedua iaitu mengangkat kualiti umat Islam,\” kata Hasanuddin pada Majlis Perasmian Ejen Dakwah YADIM yang berlangsung hari ini, di sini.

Majlis itu sebagai menjadi simbol komitmen YADIM terhadap Aspirasi Malaysia Madani, dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh yang maju, sejahtera dan berintegriti.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan meluangkan masa di acara jamuan Aidilfitri selepas majlis pelancaran rasmi program tersebut.

Melalui inisiatif itu, masyarakat turut dimaklumkan mengenai kewujudan lebih 11,000 ejen dakwah YADIM yang berperanan sebagai sumber rujukan sahih dan berautoriti dalam hal ehwal keagamaan serta pembangunan insan.

Selain itu, komposisi ejen turut merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, sukarelawan, wanita, belia sehingga kepada ahli akademik dan penulis.

Ejen dakwah YADIM dilihat bukan sahaja sebagai penyampai ilmu agama, malah sebagai agen perubahan dan pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak seterusnya selaras nilai-nilai Islam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....