Home Nasional Sultan Pahang puas hati penganjuran Kembara Pahang 1.0
Nasional

Sultan Pahang puas hati penganjuran Kembara Pahang 1.0

Sultan Pahang puas hati penganjuran Kembara Pahang 1.0

Foto Facebook Kesultanan Pahang

PEKAN, 23 April – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa puas hati terhadap penganjuran program Kembara Pahang 1.0 yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini.

Titah baginda, program berkenaan telah mencapai matlamatnya dalam merapatkan hubungan antara rakyat dan institusi diraja menerusi pelbagai pengisian bermakna.

Sehubungan itu, baginda menyarankan agar program tersebut diteruskan dengan perancangan lebih sistematik pada masa akan datang, khususnya bagi mendekati semua lapisan masyarakat termasuk penduduk kampung tradisional.

“Kita akan kaji dulu post-mortem seperti yang saya sebut sebelum ini. Kita akan perbaiki lagi program ini.

\”Kita tidak mahu rakyat menunggu terlalu lama dan sebagainya. Insya-Allah, saya akan pergi ke daerah-daerah lain,” titah baginda demikian semasa Majlis Penutupan Kembara Pahang 1.0 yang berlangsung di Pantai Lagenda, di sini.

Turut berangkat menyertai kembara tersebut ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Program Kembara Pahang 1.0 yang bermula pada 21 April lalu telah merentasi empat daerah iaitu Maran, Temerloh, Bera dan berakhir di Pekan, dengan pelbagai pengisian yang melibatkan interaksi bersama rakyat di setiap lokasi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....