Home Nasional Projek Skills Johor di Kota Tinggi capai 98.5% kemajuan, siap dalam tempoh terdekat
Nasional

Projek Skills Johor di Kota Tinggi capai 98.5% kemajuan, siap dalam tempoh terdekat

Projek Skills Johor di Kota Tinggi capai 98.5% kemajuan, siap dalam tempoh terdekat

FOTO FB Onn Hafiz Ghazi

KOTA TINGGI, 21 April- Projek pembinaan Skills Johor di Kota Tinggi, Johor bernilai RM107 juta kini mencapai kemajuan 98.5 peratus, dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Projek tersebut akan menjadi mercu tanda bagi ekosistem pendidikan teknikal dan vokasional bersepadu di negeri Johor, yang mampu menampung sehingga 6,000 pelajar.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Skills Johor akan diletakkan bawah penyelarasan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), yang bertindak sebagai pemacu dasar pembangunan modal insan serta memenuhi keperluan industri.

JTDC akan memastikan pembangunan bakat di Johor selaras dengan permintaan pasaran kerja yang sedang berkembang pesat. Selain itu, jaringan kerjasama bersama pelabur dan industri, terutamanya dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sedang diperkuat untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Inisiatif itu turut menawarkan peluang gaji lumayan kepada golongan muda Johor, sekaligus membuka peluang kerjaya yang lebih baik dan memperkukuh pembangunan ekonomi negeri.

Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin, inisiatif tersebut akan memperkukuh Johor sebagai destinasi pelaburan utama, sekali gus membuka peluang mobiliti sosial melalui pendidikan, latihan, dan pembangunan bakat yang relevan dengan pasaran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....