Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengangminggu depandengan kecenderungan menurun di sebalik ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industriDenis Low.

Beliau berkata ekonomi global kini sedang bergelut dengan ketidakpastian yang semakin memuncakterutamanya berpunca daripada perkembangan di Washingtonyang berpotensi memberi kesan kepada pasaran komoditi secara menyeluruhtermasuk getah.

“Jelas sekali, terdapat keengganan ketara untuk menyimpan stok simpanan pada masa ini memandangkan kesinambungan perniagaan menjadi semakin tidak menentu.

“Turun naik kadar pertukaran mata wang juga tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan ketidaktentuan yang menjejaskan kebanyakan negara dagangan,” katanya kepada Livevartha.

Oleh itu, beliau menjangkakandalam jangka masa pendek, minat terhadap komoditi akan kekal lemahdengan sebarang pembelian termasuk getah lebih tertumpu kepada kontrak yang dipersetujui dan bagi tujuan pengisian semula sahaja.

Sementara itu, Low berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir, hujan lebatdan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung.

Pada masa yang sama, beliau berkataJabatan Meteorologi Thailand juga meramalkan ribut petir yang kuat, angin kencang, hujan batuserta hujan lebatterpencildan sambaran petir di bahagian selatan negara tersebut.

Seorang lagi peniaga menyebutpasaran getah dijangka bergerak menurun minggu hadapan selaras dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...