Home Pasaran Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41 hingga 4.42 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan .

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataPresiden ASDonald Trump memaparkan keengganan untuk terus menaikkan tarif terhadap China yang akan hanya menjejaskan dagangan kedua-dua negara.

Selain itu, beberapa pegawai Rizab Persekutuan AS, termasuk Christopher Waller dan Austan Goolsbee pula dijadualberkongsi pendapat mengenai keadaan semasa ekonomi pada minggu depan.

Pengarah UrusanSPI Asset Management Stephen Innes berkataketidaktentuan pasaran berkemungkinan meredaminggu depan susulan perbalahan tarif AS-China dilihat sudah mencecah kemuncaknya.

Atas alasan itu, beliau menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat 4.39 hingga 4.43 berbanding dolar AS yang turut mencerminkan dinamik rundingan pada masa ini.

Innes berkata pada tahap ini, pasaran menjangkakan aspek kompromi akan menjadi kenyataan dalam usaha mengelak kekangan ekonomi yang berlanjutan.

“Keredaan ketegangan AS-China mungkin menyuntik sedikit sokongan kepada ringgitwalaupun tiada sebarang kepastian kerana pasaran akan terus mengikuti rapat laporan media secarateliti.

“Oleh itu, ringgit mungkin diniagakansekitar 4.41. Secara menyeluruh, mata wang Asia dan ringgit dijangka mengukuh, dipacu oleh perkembangan rundingan perdagangan dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...