Home Nasional Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT
Nasional

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 April- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meneruskan inisiatif kebajikan kepada 1,250 pelajar asnaf menerusi program Ziarah Kasih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar berkata, perkara itu bagi memastikankebajikan golongan pelajar asnaf dipelihara dalam menimba ilmu pengetahuan.

\”1,250 anak-anak ini dibantu PPZ-MAIWP melalui kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi ini, akan keluar sebagai anak-anak yang hebat, cemerlang. Mungkin mereka ini akan melakukan perubahan pada diri masing-masing termasuk keluarga dan membawa keluar dari kepompong kemiskinan.

\”Satu masa nanti dia bercita-cita untuk menjadi termasuk dalam golongan yang akan membayar zakat dan membantu pula golongan asnaf yang lain,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada programZiarah Kasih PPZ–MAIWP diibu negara.

Kesemua pelajar berkenaan terdiri daripada 10 institusi pengajian tinggi sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan kewangan berjumlah RM200 seorang dengan nilai keseluruhan mencecah RM250,000.

Ia merupakan salah satu daripada lima segmen bantuan yang disusun sepanjang tahun, termasuk Program Iftar Perdana, Kasih Medik MAIWP, Kasih Komuniti dan Kasih Intelek.

Dalam pada itu beliau turut menyeru agar semua pihak termasuk pelajar memainkan peranan dalam menyebarkan dakwah zakat serta mengajak masyarakat untuk turut menyumbang melalui wakaf demi manfaat berpanjangan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....