Home Ekonomi Bekalan gas di Putra Height dijangka pulih selewat-lewatnya 1 Julai ini
Ekonomi

Bekalan gas di Putra Height dijangka pulih selewat-lewatnya 1 Julai ini

Bekalan gas di Putra Height dijangka pulih selewat-lewatnya 1 Julai ini

KEADAAN di kawasan letupan saluran paip gas Putra Height, Subang Jaya, Selangor sehari selepas hari kejadian.
– UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA: Kerja-kerja pemulihan bekalan gas di kawasan Putra Heights dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada 1 Julai 2025, selepas insiden kebakaran besar yang berlaku dua minggu lalu kibat kebocoran saluran paip gas utama.

Petronas Gas Berhad (PGB) berkata, jangka masa pemulihan itu bergantung kepada siasatan yang sedang dijalankan, kelulusan pihak berkuasa dan kemajuan kerja di tapak kejadian.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, pengedar dan penghantar gas, bagi memastikan bekalan gas dapat dipulihkan semula di kawasan terjejas.

“Antara usaha yang dilakukan termasuk meningkatkan kapasiti bekalan gas dari arah utara ke beberapa kawasan lain di Lembah Klang seperti Bestari Jaya, Meru dan Kapar melalui saluran alternatif iaitu sistem paip gas Trans Thailand-Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

PGB berkata, operasi Serdang City Gate juga telah disambung semula bagi menstabilkan bekalan di Lembah Klang.

“PGB akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha menstabilkan bekalan gas dan melaksanakan kerja pemulihan dengan selamat. 

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui laman web rasmi kami di www.petronas.com/pgb,” katanya.

Media melaporkan, kebakaran pada 1 April lalu yang melibatkan saluran paip utama milik Petronas Gas telah memberi kesan kepada 1,254 penduduk daripada 308 keluarga.

Sebanyak 87 rumah musnah sepenuhnya, manakala 148 rumah lagi mengalami kerosakan. – UTUSAN

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...