Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika DXY Rendah
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika DXY Rendah

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika DXY Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 April (Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4100/4160 daripada dolar AS, menokok daripada 4.4200/4265 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meneruskan trajektori menurun pada sekitar 99 mata hari ini.

“Belum dapat dipastikan sama ada DXY akan kekal pada paras serendah itu meskipun terdapat ketidaktentuan yang kian meningkat mengenai tarif import oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS),”katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata dolar AS akan meningkat memandangkan peniaga akan beralih kepada mata wang selamat untuk berlindung daripada risiko pasaran.

“Kesemua enam komponen DXY meningkat berbanding dolar AS terutamanya yen Jepun dan pound Britain, masing-masing menokok 0.77 peratus dan 0.61 peratus kepada 142.44 yen dan 1.32 pound bagi setiap dolar AS.

"Dolar AS-ringgit dilihat sedang menguji paras psikologi 4.40 dan kini bergerak pada sekitar 4.40, dengan sesi dagangan pagi ini menyaksikan dolar AS-ringgit mencecah 4.43," katanya.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit telah meraih semula momentum dan pulih daripada penurunan pada sepanjang sesi dagangan.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis...

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei(Livevartha) –Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 7 Mei (Livevartha) — Ringgitmemulakan urus...