Home Ekonomi MITI bentang analisis baharu impak tarif AS di mesyuarat NGCC esok
Ekonomi

MITI bentang analisis baharu impak tarif AS di mesyuarat NGCC esok

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 April – Analisis baharu mengenai impak susulan perubahan terkini tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara akan dibentangkan pada mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

\”Setiap hari ada perkembangan baharu. Terkini, (Presiden Donald) Trump beri pengecualian tarif untuk telefon pintar dan komputer.

\”Perubahan macam ni memaksa kita buat analisis baru dengan segera untuk tahu impaknya pada ekonomi negara. Analisis tepat, strategi pun tepat,\” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Pada 7 April, Tengku Zafrul berkata NGCC diaktifkan bagi tujuan menangani kesan tarif AS.-Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...