Home Ekonomi Ringgit dibuka mengukuh, dolar AS lemah selepas Trump tangguh tarif
Ekonomi

Ringgit dibuka mengukuh, dolar AS lemah selepas Trump tangguh tarif

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 April– Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mata wang negara maju itu lemah susulan Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif timbal balas selama 90 hari, kata ahli ekonomi.

Pada 8.01 pagi, ringgit berada pada 4.4700/4850 berbanding dolar AS daripada 4.4935/4990 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tempoh penangguhan tarif timbal balas bagi kebanyakan negara mencetuskan sentimen lebih baik dalam pasaran mata wang.

“Ini membuka pintu bagi tujuan rundingan yang boleh cenderung kepada perjanjian perdagangan lebih baik.

“Oleh itu, kita boleh menjangkakan ringgit dan mata wang lain akan mencatat prestasi lebih baik pada hari ini,\” katanya kepada Bernama.

Laporan awal pagi ini menyatakan penangguhan 90 hari bagi tarif balas ke atas 75 negara yang menghubungi AS bagi tujuan rundingan, akan menyaksikan tarif berkaitan dikembalikan pada kadar asas 10 peratus ketika tempoh rundingan dijalankan.

Walaupun menyuarakan keyakinan dapat mewujudkan persetujuan lebih kukuh dengan China dan enggan membesarkan kemungkinan keadaan terus buruk, Trump sebaliknya bertindak menaikkan tarif barangan China secara mendadak, daripada 104 peratus kepada 125 peratus.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain hari ini.

Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0326/0432 daripada 3.0921/0964, naik berbanding euro kepada 4.8969/9133 daripada 4.9640/9700 serta meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7346/7538 daripada 5.7629/7700.

Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Berbanding dolar Singapura, ringgit naik kepada 3.3279/3398 daripada 3.3349/3395, meningkat berbanding peso Filipina pada 7.79/7.82 daripada 7.83/7.85 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 264.9/265.9 daripada 266.3/266.7, semalam.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0778/1325 daripada 12.9915/13.0153.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...