Home Nasional Tragedi Putra Heights: 55 motosikal diserah kepada penduduk terjejas
Nasional

Tragedi Putra Heights: 55 motosikal diserah kepada penduduk terjejas

Tragedi Putra Heights: 55 motosikal diserah kepada penduduk terjejas

Sesi penyerahan motosikal kepada penduduk terjejas di Putra Heights

SUBANG JAYA, 8 April– Sebanyak 55 unit motosikal Yamaha Ego Avantis 125 diserah Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada penduduk terjejas akibat insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights.

Menteri Pangangkutan, Anthony Loke berkata, ia bertujuan membantu penduduk dalam kelangsungan hidup dan urusan harian.

\”Saya berasa ini sudah tentu amat membantu mereka, kerana motosikal ini bukan saja sebagai mode pengangkutan kepada mereka, tetapi ada mungkin kalangan mereka juga memerlukan motosikal untuk mencari nafkah hidup mereka.

\”Jadi ini sudah tentu akan membantu kehidupan mereka dan ini sudah tentu merupakan satu lagi cara untuk kita membantu untuk mereka mengembalikan kehidupan biasa secepat mungkin\”, katanya kepada pemberita selepas penyerahan motosikaldi Putra Heights di sini.

Sumbangan tersebut ditaja sepenuhnya syarikat Spanco Sdn. Bhd. menerusi pembelian secara terus dengan Yamaha Malaysia.

Loke berkataharga jualan sebenar motosikal yang disumbangkan itu adalah RM5,800 sebuah, namun pihak Yamaha bersetuju memberikan pengurangan harga kepada RM5,000.

Motosikal berkenaan turut didaftarkan secara terus melalui kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan nombor pendaftaran khas \’MADANI\’.

Pada masa yang sama JPJ turut menyumbang topi keledar percuma kepada semua penerima.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....