Home Ekonomi Malaysia komited perkukuh hubungan dagang dengan Sweden dan Arab Saudi
Ekonomi

Malaysia komited perkukuh hubungan dagang dengan Sweden dan Arab Saudi

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 8 April – Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi dengan pelbagai negara, termasuk Sweden dan Arab Saudi, dalam usaha memperluas jaringan ekonomi global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata nilai dagangan dua hala antara Malaysia dan Sweden mencecah RM3.58 bilion, sekali gus mencerminkan hubungan ekonomi yang erat antara kedua-dua negara.

Menurut beliau menerusi satu hantaran di laman sosial, Malaysia kini merupakan antara lokasi pelaburan utama bagi Sweden, dengan sebanyak 97 projek perkilangan bernilai RM7.77 bilion dilaksanakan setakat tahun lalu.

“Pelaburan ini telah berjaya mewujudkan lebih 5,900 peluang pekerjaan,” katanya.

Tambahnya lagi, syarikat terkenal dari Sweden seperti Spotify, Ericsson, Volvo dan IKEA telah pun beroperasi di ibu negara, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.

Dalam hantaran berasingan, Tengku Zafrul turut menyatakan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kerjasama dengan Arab Saudi selaras dengan pelaksanaan Wawasan 2030 negara berkenaan.

Menurut beliau, Malaysia memiliki kepakaran dalam bidang pembinaan, pengurusan hospitaliti dan teknologi yang boleh menyokong pelaksanaan Wawasan 2030 Arab Saudi.

Dalam mesyuarat secara dalam talian bersama Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr. Majid Al-Kassabi, Malaysia turut menyatakan kesediaan membantu Arab Saudi menjadi pusat kewangan Islam global, di samping membangunkan industri halal, tenaga bersih dan ekonomi digital.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...