Home Nasional Kelirukan isu lagu Negaraku: Polis terima tiga laporan
Nasional

Kelirukan isu lagu Negaraku: Polis terima tiga laporan

Kelirukan isu lagu Negaraku: Polis terima tiga laporan

Foto hiasan

IPOH, 5 April– Polis mengesahkan menerima tiga laporan berhubung penyebaran video, susulan kes video tular mendakwa lagu Negaraku dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkatapihaknya menerima aduan mengenai klip video berdurasi 3 minit 40 saat itu semalam, pada pukul 7.00 malam yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak dari sebuah sekolah di daerah Teluk Intan menyanyikan lagu kebesaran Negeri Perak.

Video tersebut menerima komen daripada seorang pempengaruh politik yang mencetuskan kontroversi.

\”Pempengaruh politik tersebut mempertikaikan bahawa lagu Negaraku telah dinyanyikan dalam bahasa selain daripada bahasa Malaysia dan mendakwa video tersebut telah melanggar protokol lagu kebangsaan\”, katanya menerusi kenyataan.

\”Pempengaruh politik itu turut memetik Seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang melarang sebarang perubahan lirik atau menyanyilagu kebangsaan dalambahasa lain.

Siasatan awal mendapati bahawa video yang tular itu sebenarnya dirakam pada 6 Jun 2024, semasa Majlis Pelancaran Kelab Tarian Naga di sekolah tersebut.

Lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak itu bukan lagu kebangsaan, sebaliknya adalah lagu kebesaran Negeri Perak.

Beliau berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis menegaskan kepada orang ramai agar berhenti menyebarkan berita palsu yang boleh menggugat keharmonian negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....