Home Nasional Malaysia rangka tindak balas teliti terhadap tarif AS
Nasional

Malaysia rangka tindak balas teliti terhadap tarif AS

Malaysia rangka tindak balas teliti terhadap tarif AS

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang tindak balas terhadap kesan tarif terkini oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara perlu dirangka dengan teliti.

Menurutnya, kesan langkah tarif AS terhadap ekonomi negara masih dalam peringkat penilaian oleh kementerian dan agensi yang berkaitan, yang diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

\”Natijahnya, sebarang tindakbalas dan langkah susulan perlu dirangka secara teliti dan masih terdapat ruang untuk mengadakan perbincangan dan dialog dengan para rakan dagang utama negara,\” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya ketika mempengerusikan Mesyuarat National Geoeconomic Command Centre (NGCC) hari ini, bagi membincangkan impak tarif tersebut.

Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan hubungan dagang yang positif dan progresif dengan semua rakan dagang, sambil memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat, perniagaan, serta pengeksport negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....