Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dalam Mod Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dalam Mod Berhati-hati Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dalam Mod Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan dalam mod berhati -hati minggu depan menjelang tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) yang akan berkuatkuasa menjelang 2 April.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata emas mungkin diniagakan dengan kecenderungan menaik antara US$3,050 satu auns troy hinggaUS$3,100 satu auns troy.

“Dengan penguatkuasaan tarif pada 2 April ini, langkah emas seterusnya akan bergantung pada paras agresif tarif timbal balik dan jumlah keseluruhan ekonomi yang terjejas.

“Jika keadaan mula tidak terkawal, US$3,100 satu auns troy boleh menjadi tidak relevan.Walaupun tarif dikurangkan, peniaga akan berpatah balik pada kesan kedua iaitu pertumbuhan global yang lebih perlahan dan inflasi,kedua-dua cabaran ini baik untuk emas,”katanya kepada Livevartha.

Beliaumenjangkakan emas akan turun ke paras US$3,050 satu auns troy untuk memacu minat membeli yang mantap memandangkan spekulator logam itu sedang bersedia bagi peluang seterusnya untuk bergerak.

“Wall Street turut melihat peluang ini, dengan bank-bank utama kini sedang mendorong sasaran emas mereka kepada US$3,300 hingga US$3,500 setiap auns troy untuk 2025,” katanya.

DariJumaat ke Jumaat, kontrak Mac 2025 menokok kepada US$3,070.40 satu auns troy berbanding US$3,034.20 satu auns troy auns sebelum ini, manakala April 2025 naik kepada US$3,080.20 satu auns troy daripada US$3,044.10 satu auns troy.

Sementara itu, kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 mencatatkan penambahan kepada US$ 3,090.20 satu auns troy auns daripada US$3,054.10 satu auns troy.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17 Mei(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Tinggi Antara US,200 Hingga US,250 Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Tinggi Antara US$3,200 Hingga US$3,250 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR,17 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga...

Pasaran Getah Seiring Niaga Hadapan Serantau, Ringgit Dan Harga Minyak Mentah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Seiring Niaga Hadapan Serantau, Ringgit Dan Harga Minyak Mentah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.26-4.29 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.26-4.29 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 17 Mei(Livevartha) — Ringgit diunjur...