Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) — Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia(MARGMA).

“Harga akan terus menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentahdan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Bekalan getah asli akan menjadi terhad dengan bermulanya musim daun gugur dan hujan. Terdapat impak daripada keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China yang lembap,” katanya kepada Livevartha.

Seorang peniaga turut bersetuju bahawa terdapat kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan bermulanya musim daun gugur dancuaca hujan juga akan menjejaskan sentimen.

“Pemain pasaran akan memantau keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China, selain krisis geopolitik yang meruncing,” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 5.5 sen kepada874.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 17.5 sen kepada 671 sen sekilogram.

Pasaran Kuala Lumpur akan ditutup dari 31 Mac hingga 1April2025 sempena sambutan Aidilfitri dan akan beroperasi semula pada 2 April2025.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...