Home Ekonomi Perdagangan Malaysia meningkat kepada RM223.9 bilion
Ekonomi

Perdagangan Malaysia meningkat kepada RM223.9 bilion

FOTO HIASAN / Livevartha

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion didorong oleh pertumbuhan eksport dan import.

Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSM menerusi kenyataan berkata, prestasi perdagangan Malaysia pada Februari 2025 ini mencerminkan peningkatan permintaan global dan kestabilan ekonomi domestik.

Imbangan dagangan mencatatkan prestasi yang lebih baik, meningkat 12.2 peratus kepada RM12.6 bilion pada Februari 2025.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menekankan, pertumbuhan eksport Malaysia didorong oleh peningkatan dalam eksport domestik dan eksport semula pada tempoh sama.

Selain itu, import berjumlah RM105.6 bilion, meningkat 5.5 peratus atau RM5.5 bilion.

Eksport yang lebih tinggi disumbangkan terutamanya beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong dan Kesatuan Eropah.

Pertambahan import mengikut Penggunaan Akhir adalah seiring dengan permintaan yang lebih tinggi bagi barangan modal, barangan penggunaan dan barangan perantaraan.

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...