Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 10.15 mata atau 0.66 peratus kepada 1,517.66 daripada 1,527.81 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 14.52 mata lebih rendah kepada 1,513.29 dan bergerak antara 1,512.21 hingga 1,523.39 sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 449 berbanding 428, manakala 481 kaunter tidak berubah, 1,078 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.92 bilion unit bernilai RM2.73 bilion daripada 3.28 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Isnin.

Operasi Bursa Malaysia dan kalangan anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti umum Nuzul al-Quran.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berakhir pada prestasi rendah ekoran kekurangan pemangkin belian.

Beliau berkata kalangan indeks serantau utama pula ditutup dengan prestasi bercampur-campur kerana sentimen pelabur dipengaruhi oleh peningkatan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...