Home Pasaran Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, naik 0.24 peratus kepada4.4330/4400 daripada 4.4450/4490 pada Isnin lepas berikutan sentimen berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang perbincangan FOMC AS malam ini.

“Walaupun Kadar Dana Fed(FFR) dijangka dikekalkan, panduan daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS adalah amat penting dalam menetapkan hala tuju pasaran mata wang,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata unjuran oleh Fed AS mengenai kadar faedah akan dipantau, dengan jangkaan pasaran dua hingga tiga penurunan kadar faedah pada tahun ini.

“Setakat ini, sentimen pasaran dalam kalangan perniagaan dan pengguna adalah lemah,”katanya.

Secara keseluruhannya, pasaran berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ketidaktentuan dalam landskap ekonomi dan geopolitik yang terus meningkat.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.8324/8400 daripada 4.8455/8499 pada Isnin lepas, naik berbanding pound kepada 5.7496/7587 daripada 5.7576/7628 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada2.9595/9643 daripada 2.9896/9925 sebelum ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...