Home Pasaran Belian Kukuh Saham Pelbagai Sektor Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi
Pasaran

Belian Kukuh Saham Pelbagai Sektor Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Belian Kukuh Saham Pelbagai Sektor Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secarameluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 15.66 mata, atau 1.04 peratus kepada 1,527.81 berbanding1,512.15 ketika ditutup padaJumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 5.43 mata lebih tinggi pada 1,517.58, iaituparas terendah intra hari dan mencapai paras tertinggi 1,531.63 semasa sesi tengah pagi sebelum mengekalkan momentum sepanjang sesi petang.

Di keseluruhanpasaran,kaunter untung mengatasikaunterrugi dengan 708 berbanding 297, sementara 425 kaunter tidak berubah, 994 tidak diniagakan, dan tujuh digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.28 bilion unit bernilai RM2.40 bilion berbanding 3.24 bilion unit bernilai RM2.5 bilion pada Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kepada Livevartha indeks utama serantau turut ditutup lebih tinggi, didorong oleh keyakinan terhadap ekonomi China selepas Beijing mengumumkan langkah-langkah bersasaruntuk merangsang perbelanjaan.

"Oleh itu, kami berharap momentum pembelian semasa kekal kukuhuntuk mewujudkan asas yang teguhbagi kenaikan berterusan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan percaya pemulihan dalam perbelanjaan pengguna China adalah pemangkin positif bagi sektor eksport Malaysia.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...