Home Ekonomi Kediaman bertanah dapat permintaan tinggi
Ekonomi

Kediaman bertanah dapat permintaan tinggi

Kediaman bertanah dapat permintaan tinggi

HO HON SANG

PETALING JAYA: Rumah jenis bertanah merupakan kediaman yang akan mendapat permintaan tinggi dengan harga yang berpatutan pada tahun ini, menurut Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda).

Pada masa yang sama, persatuan berpendapat hartanah perindustrian juga akan mendapat sambutan.

Presiden Rehda, Datuk Ir. Ho Hon Sang berkata, justeru, pihaknya berharap kerajaan akan terus memberi bantuan atau insentif kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan untuk merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah.

“Kami juga mengalu-alukan Akta Pembaharuan Semula Bandar yang akan diperkenalkan pada tahun ini, yang akan memberi impak positif kepada sektor perumahan.

“Rehda juga akan terus memainkan peranannya, meneruskan perbincangan dengan pemain industri yang berkenaan, khususnya pihak kerajaan, untuk mencari jalan bagi mengurangkan kos-kos seperti harga bahan mentah dan juga kos-kos pematuhan yang semakin meningkat, dengan harapan agar harga rumah akan dapat diturunkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Selain itu, jelasnya, Rehda akan terus menjalankan kewajipan pembinaan dalam menyediakan perumahan mampan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mampu milik dalam jangka masa yang sepatutnya demi kemajuan negara dan rakyat.

Hon Sang berkata, kenaikan gaji penjawat awam yang dikuatkuasakan tahun ini juga sudah tentu akan membantu menampung perbelanjaan seharian individu dan memberi peluang kepada rakyat menabung untuk perbelanjaan-perbelanjaan besar seperti pembelian rumah.

“Kami percaya ramai rakyat Malaysia yang mempunyai keinginan membeli rumah tetapi mengalami kekangan kewangan akan menggunakan sebaiknya kenaikan gaji ini.

“Kami berpendapat akan ada kenaikan dari segi permintaan rumah di kalangan rakyat, serta peningkatan kerja-kerja pembinaan projek dan juga kelulusan pinjaman perumahan. Projek- projek seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) juga dijangka akan mempertingkatkan penggunaan domestik negara,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...