Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Pengeluaran Yang Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Pengeluaran Yang Tinggi

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Pengeluaran Yang Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini susulan jangkaan pengeluaran yang lebih tinggi dan kadar eksport yang lebih lemah pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata eksport minyak sawit agaklembap disebabkan oleh peningkatan bekalan selain harga minyak-minyak sayuran yang murah, mengurangkan permintaan untuk minyak sawit.

"Peningkatan pengeluaran mungkin berterusan sehingga suku ketiga tahun ini. Kami menjangkakan harga MSM mendapat sokongan pada RM4,300 satu tan dan rintangan pada RM4,510 satu tan," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup, bulan semerta baharu April 2025 merosot RM89 kepada RM4,605 ​​satu tan, Mei 2025 menurun RM110 kepada RM4,466 satu tan serta Jun 2025 jatuh sebanyak RM108 kepada RM4,366 satu tan.

Sementara itu, kontrak Julai 2025 rugi RM106 kepada RM4,269 satu tan, Ogos 2025 melemah sebanyak RM109 kepada RM4,195 satu tandan September 2025 berkurangan RM112 kepada RM4,156 satu tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 80,160 lot berbanding 88,944 lot yang disaksikan padaJumaat sebelum ini, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 250,640 kontrak daripada 248,014 kontrak.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan pula susut RM50 pada RM4,800 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...