Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pasaran Pantau Peralihan Sentimen Geopolitik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pasaran Pantau Peralihan Sentimen Geopolitik

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pasaran Pantau Peralihan Sentimen Geopolitik

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah berikutan peralihan sentimen geopolitik, kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Beliau berkata pasaran menjangkakan perkembangan diplomatik yang penting minggu ini ketika Amerika Syarikat mendesak gencatan senjata Rusia-Ukraine, yang menawarkan potensi penangguhan dan mendorong peniaga untuk melepaskan sebahagian lindung nilai risiko.

Bagaimanapun katanya ini bukan satu perubahan struktur dalam landskap makroekonomi.

Perang dagangan kekal sebagai cabaran ekonomi utama, dan memandangkan tarikh akhir bagi perubahan tarif pada 2 April semakin hampir, prospek pertumbuhan kembali menjadi tumpuan.

Innes berkata dalam keadaan ini, semakin tinggi tarif dikenakan, semakin dalam kesan buruk ekonomi, dan lebih besar potensi penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan.

"Ini bererti sebarang penurunan harga emas dalam jangka pendek boleh mewujudkan peluang pembelian memandangkan strategi lebih luas yang kekal tidak berubah," katanya.

Kontrak bulan semerta Mac 2025 susut kepada US$2,992.80 setiap auns troy daripada US$2,999.60 Jumaat lepas manakala April 2025 merosot kepada US$3,003.10 daripada US$3,009.90 sebelum ini.

Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 masing-masing menyusut kepada US$3,013.10 setiap auns troy daripada US$3,019.90 setiap auns troy auns pada Jumaat.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...