Home Nasional Dua premis perniagaan musnah dalam kebakaran di Jitra
Nasional

Dua premis perniagaan musnah dalam kebakaran di Jitra

Dua premis perniagaan musnah dalam kebakaran di Jitra

Dua premis perniagaan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Changlun, Jitra, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi / Foto RTM

JITRA, 16 Mac – Dua premis perniagaan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Changlun, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, PgKB II Abd Fataf Amdan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada pukul 9.13 malam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan Kuala Nerang bersama Pasukan Bomba Sukarela berdekatan segera dikejarkan ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

“Sebaik tiba, kebakaran melibatkan dua premis jenis bangunan kekal. Pasukan bomba menggunakan dua aliran dan tiga pancutan bagi memadam kebakaran. Api berjaya dikawal pada pukul 9.35 malam,” katanya menerusi kenyataan.

Kebakaran tersebut mengakibatkan 90 peratus struktur bangunan kedua-dua premis musnah. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

Festival Raya Selangor Havoc 2025 tarik pelancong sempena TMS
Nasional

Festival Raya Selangor Havoc 2025 tarik pelancong sempena TMS

Exco Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi KUALA LUMPUR, 17 Mac– Seramai 30...

Ex Kurung: Pensyarah dan pelajar PUO jadi tebusan
Nasional

Ex Kurung: Pensyarah dan pelajar PUO jadi tebusan

Ex Kurung, latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan oleh pasukan 69 Komando...

Program Ikatan Kasih MADANI: KETENGAH salur lebih RM934,000 bantuan Ramadan, Aidilfitri
Nasional

Program Ikatan Kasih MADANI: KETENGAH salur lebih RM934,000 bantuan Ramadan, Aidilfitri

Sumbangan disampaikan menerusi Program Ikatan Kasih MADANI/ Foto FB Ahmad SaidDUNGUN, 17...

Selangor perkasa wanita, dipacu dasar mesra keluarga dan inisiatif ekonomi
Nasional

Selangor perkasa wanita, dipacu dasar mesra keluarga dan inisiatif ekonomi

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal SaariSELAYANG, 17 Mac– Selangor...