Home Nasional Iftar @ KL: 45,000 pengunjung disasar hadir di Dataran Merdeka
Nasional

Iftar @ KL: 45,000 pengunjung disasar hadir di Dataran Merdeka

Iftar @ KL: 45,000 pengunjung disasar hadir di Dataran Merdeka

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Seramai 45,000 pengunjung disasarkan menghadiri program Iftar @ KL untuk edisi ke-13 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama empat hari pada 15, 16, 22 dan 23 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris berkata, objektif penganjuran program itu adalah meraikan warga kota termasuk pelancong asing untuk merasai dan menikmati budaya serta suasana berbuka puasa di Dataran Merdeka.

\”Kita ada empat hari iaitu pada 15, 16, 22 dan 23 dan sasaran kami pada tahun ini lebih kurang 40,000 ke 45,000 untuk empat-empat hari terlibat. Jadi kalau kita lihat hari ini memang dipenuhi dengan lautan manusia yang berada di Jalan Raja dan di atas padang Dataran Merdeka.

\”Kita harap untuk dua hari lagi pada 22 dan 23 akan disambut juga dengan kehadiran warga kota yang ramai, pengunjung-pengunjung dan pelancong asing yang datang yang sama-sama untuk merasai bagaimana pengalaman berbuka puasa di Dataran Merdeka dan di Malaysia itu sendiri,\” kata Mohd Amran kepada pemberita.

Tambah beliau, JKKN akan berusaha menambah baik dan meningkatkan kemudahan logistik seperti penyediaan khemah serta surau untuk keselesaan pengunjung pada penganjuran akan datang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....