Home Nasional Program Ikatan Kasih MADANI: KETENGAH salur lebih RM934,000 bantuan Ramadan, Aidilfitri
Nasional

Program Ikatan Kasih MADANI: KETENGAH salur lebih RM934,000 bantuan Ramadan, Aidilfitri

Program Ikatan Kasih MADANI: KETENGAH salur lebih RM934,000 bantuan Ramadan, Aidilfitri

Sumbangan disampaikan menerusi Program Ikatan Kasih MADANI/ Foto FB Ahmad Said

DUNGUN, 17 Mac– Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menyalurkan bantuan sebanyak RM934,200 bagi melaksanakanProgram Ikatan Kasih MADANI bersempena dengan Ramadan dan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi KETENGAH Datuk Seri Ahmad Said berkata sumbangan itu akan diagihkan kepada 4,052 asnaf dan golongan yang kurang berkemampuan serta 85 surau di wilayah berkenaan.

Beliau berkata sebanyak RM647,800 diperuntukkan kepada3,239 penerima golongan miskin, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit terlantar.

Katanya, setiap penerima berkenaan akan mendapat RM200.00 seorang dan diharap dapat membantu golongan itu.

KETENGAH turut memperuntukkan RM243,900 bagi pembelian kelengkapan Aidilfitri dan duit raya kepada 813 orang anak yatim dalam wilayah itu.

Selain itu, geran sumbangan sebanyak RM42,500 diagihkan kepada 85 surau untuk membantu pihak pengurusan menjalankan aktiviti mengimarahkan surau masing-masing.

Beliau berkata demikian pada Program Ikatan Kasih MADANI Wilayah KETENGAH di Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....