Home Nasional Lelaki hilang tiga hari ditemui maut dalam longkang bersama motosikal
Nasional

Lelaki hilang tiga hari ditemui maut dalam longkang bersama motosikal

Lelaki hilang tiga hari ditemui maut dalam longkang bersama motosikal

FOTO JBPM PERAK

IPOH, 16 Mac – Seorang lelaki berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemukan maut di dalam longkang di Jalan Kampar-Tapah, berhadapan sebuah kawasan perkuburan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada jam 1.25 pagi.

“Mayat ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam longkang sedalam 1.2 meter,” katanya.

Tujuh anggota bomba terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....