Home Nasional Hina Islam atau agama lain, tindakan tegas menanti pelaku – Dr. Na'im
Nasional

Hina Islam atau agama lain, tindakan tegas menanti pelaku – Dr. Na'im

Hina Islam atau agama lain, tindakan tegas menanti pelaku – Dr. Na'im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar/BERNAMA

ALOR SETAR, 16 Mac– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap sebarang penghinaan terhadap agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar berkata sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam tidak boleh dibiarkan seiring dengan ajaran Islam yang turut melarang perbuatan menghina agama lain.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil tanpa mengira agama dan mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan atau ketidaktenteraman dalam negara akibat penghinaan agama.

\”Sesiapa sahaja yang menimbulkan kecelaruan dan ketidaktenteraman dalam negeri akibat daripada menghina mana-mana agama, tidakan tegas akan diambil.

Saya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam, untuk kita bina kesatuan dan perpaduan. Jika berlaku huru-hara disebabkan penghinaan agama, tidak memberikan sebarang keuntungan kepada sesiapa,\” kata Dr. Na\’im kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas menziarah mudirPondok Mustaq Sungai Jagong, Abdul Rahim Abdul Rahman di Pendang, Kedah.

Guru-guru pondok juga perlu memainkan peranan untuk mengajak masyarakat untuk jangan sesekali terlibat dalam sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....