Home Nasional Cirit-birit berpanjangan, mungkin petanda radang usus – Pakar
Nasional

Cirit-birit berpanjangan, mungkin petanda radang usus – Pakar

Cirit-birit berpanjangan, mungkin petanda radang usus – Pakar

Pakar Gastroentrologi dan Hepatologi, Hospital Thomson, Dr. Ruveena Bavani Rajaram

KUALA LUMPUR, 16 Mac– Cirit-birit berpanjangan dan keadaan perut kurang selesa sehingga tiga atau empat minggu antara gejala penyakit radang usus yang perlu mendapatkan rawatan segera.

Pakar Gastroentrologi dan Hepatologi, Hospital Thomson, Dr. Ruveena Bavani Rajaram memaklumkan, jika gagal dirawat lebih awal, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kanser usus.

\”Simpton yang biasa dialami pesakit ialah sakit perut dan pedih perut. Pesakit rasa senak lepas makan dan kadang-kadang gastrik atau ulser sudah berlarutan.

Kalau ulser ini berlarutan dan tidak diberi rawatan, ulser itu ada risiko untuk menjadi kanser,\” kata Dr. Ruveena kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Tambah beliau, amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan antibiotik berlebihan, stres berpanjangan, pengambilan makanan pro radang, tinggi gula dan berlemak antara punca utama radang usus.

Oleh itu, beliau menyarankan pengambilan makanan nasihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta elakkan makanan pedas, masam terutama ketika berbuka puasa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....