Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal dagangan pada Khamis,menjejaki kenaikan diWall Street dalam tempoh semalamanselepas beberapa hari mencatatkan penjualan.

Peniaga berkata data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbandingjangkaan telahmeyakinkan pelabur sekali gus menambah baik sentimen dalam pasaran tempatan.

Pada9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.18 mata kepada 1,490.01 daripada 1,484.83 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.96 mata lebih tinggi kepada 1,488.79.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak267 berbanding 104, dengan 216 kaunter tidak berubah, 1,803 kauntertidak diniagakan dan 13 yang laindigantung.

Jumlah dagangan mencecah 218.29 juta saham bernilai RM146.02 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd keputusan Kanada untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan AS bernilai US$21 bilion adalah berbeza dengan prestasi Wall Street yang mengalami kenaikan semula.

Prestasi Wall Street itu didorong oleh data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah berbanding jangkaan telah meyakinkan pelabur, jelasnya.

Keadaan itu boleh mempengaruhi prospek Rizab Persekutuan AS berkaitan kadar faedah, tambah firma pembrokeran itu.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...