Home Pasaran Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian semasa harga murah di kaunter wajaran tinggi perkhidmatan kewangan dan utiliti mendorong indeks utama lebih tinggi sebelum mengakhiri dagangan sesi pagi pada Khamis, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya hambar.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 22.19 mata atau 1.49 peratus kepada 1,507.02 daripada 1,484.83 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.96 mata lebih tinggi kepada 1,488.79 sebelum bergerak antara 1,487.0 hingga 1,507.64 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 503 berbanding 160, manakala 593 kaunter tidak berubah, 1,134 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.86 bilion saham bernilai RM1.44 bilion.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI semakin stabil, disokong oleh angka inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan seperti dikeluarkan pada Rabu.

Beliau berkata bagaimanapun, data inflasi yang rendah itu dijangka tidak memberikan sokongan yang kukuh berikutan kebimbangan berterusan mengenai tarif perdagangan dan kemungkinan kemelesetan di AS.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...