Home Ekonomi Sistem Akaun Negara 2025 diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa
Ekonomi

Sistem Akaun Negara 2025 diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Sistem Akaun Negara 2025 (2025 SNA) telah diluluskan sebagai piawaian antarabangsa baharu bagi statistik Akaun Negara.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan kelulusan itu dicapai pada Sesi ke-56 Suruhanjaya Statistik Pertubuhan Bangsa Bersatu yang berlangsung di New York dari 4 hingga 7 Mac 2025.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata penggunaan sistem itu dijangka memperkemaskan lagi rangka kerja statistik di Malaysia.

Menurut beliau, sistem baharu tersebut membolehkan pengukuran lebih tepat terhadap aktiviti ekonomi yang semakin berkembang, termasuk e-dagang, perkhidmatan digital dan inisiatif hijau.

Selain itu, sistem ini juga dapat membantu penggubal dasar dalam mengenal pasti pemacu pertumbuhan baharu serta merangka strategi yang lebih bersasar bagi memperkukuh ekonomi negara.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...