Home Nasional Pindaan Akta Orang Asli dibentang pertengahan 2026
Nasional

Pindaan Akta Orang Asli dibentang pertengahan 2026

Pindaan Akta Orang Asli dibentang pertengahan 2026

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

SEREMBAN, 11 Mac- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam proses membuat pindaan ke atas Akta Orang Asli 1954 yang dijangka dibentang di parlimen selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesi libat urus sedang dilakukan melibatkan tok batin, pemimpin orang asli dan para intelektual.

Antara perkara yang akan ditambah baik dalam pindaan tersebut termasuk pemetaan dan pendaftaran tanah bawah akta sama bagi menentukan kawasan dalam kalangan orang asli dapat digazetkan mengikut akta sama.

\”Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan buat kajian di New Zealand untuk melihat bagaimana akta yang dilaksanakan bagi suku Maori di sana supaya dapat dijadikan panduan,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2025 di Masjid Al-Munawwarah, Panchor Jaya di sini.

Dalam pada itu, beberapa aspek lain turut dikenal pasti untuk dimasukkan dalam ubah suai dan naik taraf akta yang tidak dibuat pindaan lebih 70 tahun itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....