Home Nasional Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTM

KANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima sebarang laporan kes keracunan makanan membabitkan semua 11 Bazar Ramadan di negeri itu dalam tempoh 10 hari pertama umat Islam berpuasa.

Exco Kesihatan Negeri, Marzita Mansor berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, khususnya berkaitan aspek keselamatan dan kebersihan makanan.

\”Bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan makanan, risalah berkaitan turut diedarkan kepada peniaga dan pengguna,\” katanya pada Program Kickoff Food Safety di Bazar Ramadan Pasar Lama Kangar anjuran JKNPs, di sini pada Selasa.

Tambah Marzita, kempen itu bertujuan menggalakkan pengguna lebih teliti dalam memilih makanan dengan memastikan ia kelihatan bersih, disediakan dengan baik dan dijual oleh peniaga yang mematuhi standard kebersihan ditetapkan oleh JKNPs dan Majlis Perbandaran Kangar.

\”Walaupun tiada aduan berkaitan keracunan makanan atau tahap kebersihan rendah dalam kalangan peniaga Bazar Ramadan, fasiliti kesihatan seperti Hospital Tuanku Fauziah dan Klinik Kesihatan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....