Home Ekonomi LTAL dinobat Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik
Ekonomi

LTAL dinobat Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik

Foto Hiasan / Bernama

KUBANG ROTAN, 12 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) terus mengukuhkan reputasinya apabila dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik bagi kategori 2 hingga 5 juta penumpang dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 oleh Airports Council International (ACI).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata kejayaan kali keempat berturut-turut itu menjadi penanda aras untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau peranginan berkenaan.

\”Satu pengiktirafan yang sangat baik dan memberi petanda positif kepada sektor pelancongan Negeri Kedah, lebih-lebih lagi dengan Tahun Melawat Kedah 2025 yang semakin hampir. Syabas dan tahniah kepada Malaysia Airports atas kejayaan ini,\” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah menggariskan dua pendekatan utama bagi merancakkan sektor pelancongan, iaitu meningkatkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dan memperkukuh potensi sektor pelancongan di tanah besar Kedah.

Sementara itu, Malaysia Airports dalam kenyataannya semalam menegaskan kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik serta memperkukuh kedudukan LTAL sebagai hab penerbangan utama di rantau ini.

Peningkatan pengalaman penumpang, transformasi digital, dan pematuhan piawaian bertaraf dunia menjadi antara faktor utama kejayaan tersebut.

Sepanjang tahun 2024, LTAL mencatatkan pergerakan 2.5 juta penumpang, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Trafik penumpang antarabangsa juga melonjak 27.9 peratus kepada 280,601 orang.

Pada masa ini, LTAL beroperasi dengan lapan syarikat penerbangan yang mengendalikan 198 penerbangan berjadual setiap minggu.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...