Home Nasional Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3 juta
Nasional

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3 juta

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3 juta

Sultan Nazrin Shah (empat, kiri) bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (kanan) berkenan mengaminkan doa iftar ketika berangkat pada Majlis Penyerahan Zakat Serta Majlis Iftar di Istana Iskandariah. / Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR, 9 Mac-Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3,064,237.08 juta daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di sini, pada Sabtu.

Sultan Nazrin turut berkenan menunaikan pembayaran zakat fitrah kepada Pengurus Besar Single Business Unit (SBU) Pungutan Zakat dan Wakaf MAIPk, Ahmad Nazim Md Tajuri pada majlis berkenaan.

Penyerahan zakat berkenaan didahului syarikat BELATI yang diwakili pengarahnya, Mohamad Akmal Datuk Johari dengan menyerahkan zakat berjumlah RM885,000.00.

Johawaki Plantation Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Anizam Bakar menyerahkan zakat berjumlah RM290,000 manakala Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak diwakili Mohd Azhar Mohd Yusof yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif menyerahkan zakat berjumlah RM1,089,237.08.
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Zulkefli Abdullah menyerahkan zakat berjumlah RM800,000.

Terdahulu pada sebelah petang Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara mengunjungi Pasar Ramadan di Arena Square, Kuala Kangsar.

Baginda berdua meluangkan masa kira -kira 30 minit melawat gerai jualan dan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung serta turut membeli beberapa juadah berbuka .

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....