Home Nasional Bunuh, bakar ibu kandung, pengawal keselamatan didakwa
Nasional

Bunuh, bakar ibu kandung, pengawal keselamatan didakwa

Bunuh, bakar ibu kandung, pengawal keselamatan didakwa

Foto RTM

ALOR SETAR, 9 Mac-Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya pada awal Mac lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Abdul Rahman Harun, 43 tahun, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Isah Salleh, 68 tahun, di sebuah rumah di Kampung Bok Bok, Derga, Alor Setar.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi, pada 2 Mac lalu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun.

Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, boleh dihukum tidak kurang 12 kali sebatan.

Majistret Nur Syifa mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan pada 11 Mac ini dan sebutan semula kes pada 10 April depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Nur Huda Diyanah Amir Hamzah, manakala tertuduh yang memiliki kad Orang Kurang Upaya, OKU mental tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian tersebut, seorang wanita maut selepas dipercayai dipukul dan dibakar oleh anaknya sendiri hingga rentung.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....