Home Nasional NADI Johor kini dilangkapi fasiliti kesihatan asas
Nasional

NADI Johor kini dilangkapi fasiliti kesihatan asas

NADI Johor kini dilangkapi fasiliti kesihatan asas

Pusat NADI kini dilengkapi fasiliti saringan kesihatan asas/Foto Facebook NADI Johor

BATU PAHAT, 8 Mac – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang ditempatkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kini dilengkapi fasiliti saringan kesihatan asas, menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon.

Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng berkata, kemudahan itu memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk tempatan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, tahap glukosa dan indeks jisim badan (BMI).

\”Sekiranya keputusan saringan menunjukkan tahap yang kurang memuaskan atau tinggi, penduduk boleh segera dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran bagi mengelak sebarang risiko kesihatan,\” katanya pada Majlis Perasmian NADI di Kampung Parit Selamat, Yong Peng hari ini.

Selain pemeriksaan kesihatan, NADI Kampung Parit Selamat turut menyediakan modul latihan dan kelas berkaitan kecerdasan buatan (AI) kepada komuniti tempatan.

Ini sejajar dengan program yang disusun semula oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Setakat ini, sebanyak 101 pusat NADI telah diwujudkan di Johor dengan 99 daripadanya sudah beroperasi sepenuhnya.

Manakala baki dijangka siap menjelang suku kedua tahun ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....