Home Ekonomi JS-SEZ rangsang pertumbuhan syarikat logistik
Ekonomi

JS-SEZ rangsang pertumbuhan syarikat logistik

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan syarikat logistik tempatan menerusi peningkatan aktiviti rentas sempadan.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HI Mobility Bhd, Lim Chern Chuen berkata inisiatif itu turut mendorong pertumbuhan stabil syarikatnya yang diunjur meningkat sekitar 10 peratus tahun ini.

Syarikat tersebut berhasrat memanfaatkan peluang pertumbuhan dengan sokongan armada kenderaan, depoh dan infrastruktur digitalnya.

\”Melalui inisiatif dan insentif kerajaan, kami melihat pertumbuhan perniagaan yang stabil. Beberapa kemajuan turut dicapai seperti penggunaan kod QR bagi mengurangkan kesesakan. Dengan pecutan program yang lebih konkrit, kami menjangka peningkatan perdagangan dan kerjasama rentas sempadan antara kedua-dua negara,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Prospektus HI Mobility yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Mac ini.

Syarikat itu menyasarkan pengumpulan dana RM115.9 juta menerusi tawaran awam permulaan, melibatkan terbitan awam 95 juta saham baharu pada harga RM1.22 sesaham.

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...