Home Nasional Dividen KWSP: Masa depan, simpanan untuk persaraan terjamin
Nasional

Dividen KWSP: Masa depan, simpanan untuk persaraan terjamin

Dividen KWSP: Masa depan, simpanan untuk persaraan terjamin

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Orang ramai menyambut baik kadar dividen 6.30 peratus yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Rata-rata memberitahu, mereka merasa masa depan yang lebih terjamin dengan simpanan untuk hari tua dan menekankan kepentingan menjaga simpanan KWSP sehingga usia persaraan.

\”Untuk rakyat Malaysia, itu adalah satu perkara yang bagus untuk masyarakat sekarang. Macam berbaloi lah. Contohnya, bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas, kebanyakan menyimpan duit dalam jumlah yang banyak.

\”Jika dividen yang diperoleh tinggi, mereka akan rasa lebih lega, sebab mereka sudah tidak bekerja,\” kata Pencarum KWSP, M. Nanaletchumy.

\”Saya rasa KWSP mencatatkan perkembangan yang lebih baik. Sepatutnya, wang itu hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya apabila seseorang sudah bersara.

\”Sekurang-kurangnya, kita benar-benar dapat menggunakan simpanan tersebut. Maksud saya, bukan separuh jalan sudah dikeluarkan,\” kata Pencarum KWSP,\” kata Pencarum KWSP, C.C Yong.

\”Sebab saya mencarum sendiri untuk i-Saraan, kadar 6.30 peratus adalah antara yang tertinggi, mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

\”Jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain, kadar dividen KWSP 6.30 peratus adalah sangat berbaloi, terutama dengan peningkatan pendapatan serta kos sara hidup yang semakin tinggi,\” kata Pencarum KWSP, Syahrizal Abdul Rahman.

BERITA BERKAITAN:

  • Prestasi memberangsangkan KWSP dipacu kepesatan pasaran modal Malaysia
  • Pindaan Akta KWSP 1991 dijangka dibentang di Parlimen
  • Kadar dividen KWSP, sumbang peningkatan simpanan 16.22 juta ahli
  • Kadar dividen kukuh, bukti daya tahan KWSP
  • KWSP umum dividen 6.30% Simpanan Konvensional dan Shariah 2024

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....