Home Ekonomi Prestasi kukuh TNB pacu ekonomi negara
Ekonomi

Prestasi kukuh TNB pacu ekonomi negara

Prestasi kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kukuh terus memberi manfaat sebagai tulang belakang ekonomi negara / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Prestasi kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kukuh terus memberi manfaat sebagai tulang belakang ekonomi negara.

Felo Penyelidik Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Izaan Jamil berpandangan syarikat tempatan itu memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi serta membantu rakyat secara tidak langsung.

“Ini memastikan jutaan rakyat Malaysia, termasuk pesara, menikmati faedah daripada keuntungan syarikat ini. Selain itu, ia turut memperkukuh kestabilan ekonomi negara untuk jangka panjang,” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah Dr. Izaan, TNB bukan sekadar pembekal tenaga elektrik, malah merupakan rakan strategik dalam pertumbuhan ekonomi negara.

“Apabila TNB berkembang, negara turut menerima limpahan ekonomi positif dan rakyat Malaysia mendapat manfaatnya,” katanya.

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...