Home Ekonomi Keuntungan bersih CIMB Group meningkat RM7.73 bilion
Ekonomi

Keuntungan bersih CIMB Group meningkat RM7.73 bilion

CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM7.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Mac – CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM7.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, meningkat daripada RM6.98 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata perolehan kumpulan turut meningkat kepada RM22.3 bilion, berbanding RM21.01 bilion sebelum ini.

Menurutnya, prestasi kukuh itu didorong oleh disiplin kos yang terkawal, peningkatan kualiti aset, serta strategi kepelbagaian portfolio kumpulan.

“Kami sangat berpuas hati dengan prestasi pada 2024. Tahun lalu juga menandakan berakhirnya pelan strategik Forward23+, di mana kami berjaya mencipta nilai kepada pemegang saham dengan peningkatan harga saham sebanyak dua kali ganda serta pulangan tahunan keseluruhan hampir 35 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media keputusan kewangan CIMB bagi tahun kewangan 2024, di ibu negara.

Sementara itu, CIMB mengunjurkan pertumbuhan pinjaman meningkat antara 5 hingga 7 peratus tahun ini, dengan aktiviti pemberian pinjaman yang lebih kukuh di Malaysia dan Indonesia dijangka menjadi penyumbang utama kepada peningkatan tersebut.

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...