Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Diunjur Terus Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Terus Rendah Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Diunjur Terus Rendah Minggu Depan

Kredit: MPOC

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjurkan lebih rendah minggu depan, menjejaki prestasi eksport yang perlahan, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bercakap kepada Livevartha, katanya kadar eksport yang lemah mungkin memberikan tekanan kepada harga MSM memandangkan peniaga melaksanakan pendekatan berhati-hati.

Syarikat penyelidik bebas AmSpec Agri Malaysia melaporkan eksport produk minyak sawit Malaysia menurun 8.5 peratus pada Februari kepada 1,009,634 tan daripada 1,103,496 tan pada Januari.

Penyelidik kargo Intertek Testing Services memaklumkan eksport berkurangan 11.0 peratus kepada 1,061,765 tan daripada 1,192,328 tan bulan lepas.

“Kami mengunjurkan harga bergerak antara RM4,450 dan RM4,700 minggu depan,” kata Ng.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata kebanyakan penganalisis pada persidangan minyak sawit baru-baru ini menjangkakan harga terus menghadapi tekanan disebabkan aktiviti pengambilan untung.

“Bagaimanapun, permintaan dijangka kekal kukuh, terutamanya daripada negara-negara yang mempunyai majoriti umat Islam menjelang perayaan Aidilfitri,” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mac 2025 rendah RM134 kepada RM4,729 satu tan, April 2025 merosot RM117 kepada RM4,645, dan Mei 2025 susut RM110 kepada RM4,554.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...