Home Ekonomi Pemetaan kluster diperlukan kukuhkan pasaran Bumiputera
Ekonomi

Pemetaan kluster diperlukan kukuhkan pasaran Bumiputera

Pengarah MINDA-UKM, Profesor Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali / Foto RTM

BANGI, 28 Februari – Penguasaan pasaran Bumiputera perlu diperkukuh secara menyeluruh menerusi pemetaan kluster dalam sektor utama bagi memastikan penyertaan ekonomi yang lebih berkesan.

Pengarah MINDA-UKM, Profesor Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata meskipun agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera menunjukkan peningkatan dari segi penyertaan dan pemilikan, aspek penguasaan pasaran masih belum mencapai tahap memuaskan.

Beliau menjelaskan bahawa pemetaan kluster harus memberi tumpuan kepada keseluruhan rantaian ekonomi, termasuk pembekalan, pengilangan, pengedaran dan pelaburan.

\”Tetapi adakah kita memenuhi semua rantaian dalam sektor kesihatan? Contohnya, pembekal ubat, farmasi, pembekal alat-alatan, insurans kesihatan. Jadi, ini adalah satu kluster yang perlu digerakkan dengan lebih teratur,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Bicara Persada – Setahun Kongres Ekonomi Bumiputera, di sini.

Antara sektor utama yang perlu diberi perhatian termasuk aeroangkasa, tenaga boleh baharu, teknologi digital dan perindustrian.

Related Articles

Ekonomi

Malaysia bakal jadi pusat operasi ARM Holdings

Syarikat semikonduktor terkemuka dunia, ARM Holdings Plc, berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai...

Karnival Warisan Saloma sasar 50,000 pengunjung sepanjang Ramadan
Ekonomi

Karnival Warisan Saloma sasar 50,000 pengunjung sepanjang Ramadan

Riza Datuk Che Umar (tengah) ketika sidang akhbar Karnival Warisan di Saloma...

Untung bersih UEM Edgenta RM51.75 juta
Ekonomi

Untung bersih UEM Edgenta RM51.75 juta

SYAHRUNIZAM SAMSUDINPETALING JAYA: Untung bersih UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) melonjak kepada...

Hasil Pos Malaysia RM459 juta pada suku keempat
Ekonomi

Hasil Pos Malaysia RM459 juta pada suku keempat

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatat hasil sebanyak RM459 juta...