Friday , 28 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan Khamis, sekali gus mengakhiri peningkatan semalam di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 0.72 mata kepada 1,587.99.

Bagaimanapun pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 177 berbanding 133 manakala 225 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,853 tidak diniagakan dan 97 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak125.38 juta saham bernilai RM98.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur walaupun dibuka tinggi susulan sentimen terus diasak perbincangan mengenai kemungkinan lebih banyak tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Pandangan kurang optimisterhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) pula menyaksikan hasil Perbendaharaan 10 tahun terus berkurangan kepada 4.256 peratus.

“Di peringkat tempatan, indeks petunjuk utama Bursa MalaysiaFBM KLCI naik 20 mata, sekali gus mengatasi penurunan semalam. Kami sendiri agak terkejut dengan peningkatan ketara bursa yang sebahagiannya disebabkan oleh aliran menaik serantau.

Related Articles

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 28 Feb (Livevartha) — Ringgitdibuka rendah...

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Mengukuh Pada Sesi Awal Ketika Sentimen Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat...

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Feb(Livevartha)–Ringgit terus lemah berbanding...