Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Cecah Paras Tertinggi Intra Harian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Cecah Paras Tertinggi Intra Harian

Bursa Malaysia Ditutup Cecah Paras Tertinggi Intra Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha)– Aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan sentimen pasaran serantau, terbukti memacu Bursa Malaysia yang melantun danmencecah paras tertinggi intra harian pada akhir dagangan Jumaat.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI(FBM KLCI) naik13.36 mata atau 0.84peratus kepada1,591.03 daripada 1,577.67 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka naik 2.25 mata kepada 1,579.92 dan seterusnya mencecah paaras rendah 1,578.14 dalam sesi awal sebelum kembali meningkat sehingga ke akhir dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu572 berbanding 448 manakala 506 lain tidak berubah, 826 tidak diniagakan dan 21 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada2.99 bilion unit bernilaiRM2.63bilion daripada 3.15bilion unit bernilaiRM2.43bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata indeks serantau mengakhiri dagangan lebih tinggi, dipacu oleh minat belian ketara dalam saham-saham teknologi selepas mendapat rangsangan daripada laporan prestasi kewangan Alibaba Group Holding Ltd yang menunjukkan pertumbuhan hasil paling pantasnya dalam masa setahun.

“Di sebalik kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik yang meruncing dan perang tarif yang ketara, saham-saham teknologi China kekal berdaya tahan selepas mendapat rangsangan daripada kemuncuan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek.

“Peningkatan indeks petunjuk utama itu didorong terutamanya oleh saham-saham utiliti, tenaga dan pengguna ketika pelabur mengambil kesempatan daripada kedudukan lebihan jualan yang turut membayangkan potensi pasaran lebih stabil,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...