Sunday , 23 February 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kukuh minyak kacang soya, kata seorang penganalisis.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang lebih lemah pada minggu-minggu akan datang juga dilihat menaikkan sentimen.

“Kami mengesan paras sokongan padaRM4,600 satu tan dan paras rintangan pada RM4,750 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Groupyang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkataniaga hadapan MSM yang lebih tinggidisebabkan oleh momentum kukuh dalam pasaran minyak kacang soya dan minyak kacang soya Amerika Selatan di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Selain itu, kenaikan berterusan oleinsawit di Bursa Komoditi Dalian turut mendorong pembelian oleh dana komoditi.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 naik RM20 kepada RM4,836 satu tan, April 2025 bertambah RM26 kepada RM4,762 satu tan, dan Mei 2025 menokok RM22 kepada RM4,664 satu tan.

Kontrak Jun 2025 meningkat RM18 kepada RM4,548 satu tan, Julai 2025 melonjak RM14 kepada RM4,441 satu tan, dan Ogos 2025 naik RM10 kepada RM4,367 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 97,093 lot daripada 69,725 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 243,818 kontrak daripada 239,575 kontrak sebelumnya.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...

Ringgit Ditutup Mengukuh Kepada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir Tiga Minggu
Pasaran

Ringgit Ditutup Mengukuh Kepada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir Tiga Minggu

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Ringgitterus meningkat, mencapai paras tertinggi dalam tempoh...