Saturday , 22 February 2025
Home Ekonomi Pengecualian cukai kompleks logistik pintar perkukuh industri
Ekonomi

Pengecualian cukai kompleks logistik pintar perkukuh industri

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto Bernama

SUBANG JAYA, 19 Februari – Pengecualian cukai pendapatan bagi kompleks logistik pintar perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh sektor berkenaan bagi memperkukuh perkhidmatan logistik negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata insentif tersebut dapat mendorong operasi penyimpanan dan logistik yang lebih pintar serta cekap, selain menggalakkan penerapan teknologi Industri 4.0 yang mampu meningkatkan daya saing Malaysia dalam sektor berkenaan.

\”Inisiatif ini direka untuk mendorong operasi yang lebih pintar dan cekap dalam penyimpanan dan logistik. Dengan mengintegrasikan automasi, analisis data, dan teknologi Internet of Things, kita bukan sahaja mengoptimumkan prestasi rantaian bekalan tetapi juga mengutamakan dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi logistik pintar,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ninja Cold oleh Ninja Van Malaysia, di sini.

Tambah Loke, sektor logistik perlu bersedia menghadapi cabaran baharu, terutamanya dalam bidang kritikal seperti farmaseutikal, keselamatan makanan dan kelestarian.

Di bawah Belanjawan 2025, pengecualian cukai pendapatan sebanyak 60 peratus diperuntukkan ke atas perbelanjaan modal bagi tempoh lima tahun kepada syarikat yang memiliki kompleks logistik pintar.

Related Articles

Untung bersih PCG jatuh kepada RM1.17b pada 2024
Ekonomi

Untung bersih PCG jatuh kepada RM1.17b pada 2024

PETRONAS ChemicalsPETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) melaporkan penurunan untung bersih...

Ringgit dijangka berada pada RM4.36 minggu hadapan 
Ekonomi

Ringgit dijangka berada pada RM4.36 minggu hadapan 

RINGGIT ditutup positif pada 4.4150/4200 berbanding dolar AS pada sesi dagangan akhir...

MISC catat kerugian bersih RM446.2 juta pada suku keempat
Ekonomi

MISC catat kerugian bersih RM446.2 juta pada suku keempat

MISC mencatatkan kerugian bersih pada suku keempat berikutan hasil yang lebih rendah...

Ekonomi

UM, Basis Bay jalin kerjasama tawar Sijil Asasi Pusat Data

Foto RTMPETALING JAYA, 21 Februari – Universiti Malaya (UM) dan syarikat teknologi...