Home Nasional UiTM dan MDDM jalin kerjasama strategik perkasa Institusi Raja-Raja Melayu
Nasional

UiTM dan MDDM jalin kerjasama strategik perkasa Institusi Raja-Raja Melayu

UiTM dan MDDM jalin kerjasama strategik perkasa Institusi Raja-Raja Melayu

UiTM dan MDDM jalin kerjasama strategik perkasa Institusi Raja-Raja Melayu

SHAH ALAM, 18 FebruariUniversiti Teknologi MARA (UiTM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Datuk Dato\’ Malaysia (MDDM), yang menandakan komitmen strategik kedua-dua pihak untuk memperkukuh bidang akademik dan penyelidikan, khususnya dalam usaha memperkasa Institusi Raja-Raja Melayu.

UiTM menerusi kenyataan berkata MoU ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk merangka inisiatif strategik yang dapat memperkukuhkan peranan Institusi Raja-Raja Melayu dalam konteks akademik dan pembangunan masyarakat.

\”Sebagai institusi pengajian tinggi pertama yang menubuhkan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dengan perkenan Majlis Raja-Raja, UiTM memainkan peranan utama dalam memastikan kesinambungan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu terus terpelihara. Kursi ini kini diletakkan di bawah Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, yang telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi pada Jun 2024.

Sementara itu, MDDM sebagai organisasi yang menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka dengan darjah kebesaran dan gelaran kehormat daripada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri, turut berperanan dalam memartabatkan Institusi Raja-Raja Melayu.

Justeru, kerjasama ini bakal memperkukuh usaha bersama dalam memelihara dan memperkasa institusi berkenaan.

\”Melalui MoU ini, UiTM dan MDDM akan melaksanakan beberapa inisiatif utama, antaranya penganjuran simposium dan konferensi bagi meningkatkan kesedaran serta pemahaman masyarakat mengenai Institusi Raja-Raja Melayu, pertukaran dan pemindahan maklumat untuk memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terus relevan dalam landskap sosio-politik semasa serta pelaksanaan program penyelidikan dan akademik yang menyokong pemerkasaan Institusi Raja-Raja Melayu.

Kedua-dua pihak juga akan menubuhkan jawatankuasa bersama bagi merangka strategi pelaksanaan setiap inisiatif yang dipersetujui.

Melalui kerjasama erat ini, kedua-dua pihak akan memastikan usaha yang dijalankan memberi manfaat kepada masyarakat serta menyumbang kepada kestabilan negara.

\”Kerjasama ini bukan sekadar perjanjian formal tetapi merupakan manifestasi komitmen jangka panjang UiTM dan MDDM dalam memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terus diperkasa serta relevan dalam pembangunan negara. Usaha ini juga selaras dengan prinsip-prinsip dalam Rukun Negara yang menekankan kesetiaan kepada Raja dan negara\”, menurut kenyataan itu.

UiTM yakin bahawa melalui kolaborasi strategik ini, peranan Institusi Raja-Raja Melayu dapat terus dikukuhkan, seterusnya menyumbang kepada kestabilan negara dan kemajuan masyarakat. Kerjasama itu juga mencerminkan aspirasi UiTM sebagai institusi pendidikan unggul dalam menghasilkan penyelidikan dan kajian berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....